Keselesaan hidup tidak mesti tenang dan bahagia
Kesusahan hidup tidak mesti jiwa derita
Keselesaan hidup hanya masalah luaran bukan masalah dalaman
Kesusahan hidup juga adalah perkara lahir bukan batin
Kesusahan lahir tidak mesti batin menderita
Sepertimana kesenangan lahir tidak mesti mendapat ketenangan dan kebahagiaan jiwa
Ketenangan dan kebahagiaan hanya dapat dirasa oleh jiwa manusia
Keselesaan lahir hanya dapat dirasa oleh badan
Kesempurnaan hidup kalau didapati kedua-duanya
Tapi bukan senang untuk memperolehinya
Kalau mendapat semuanya itu luarbiasa
Jarang berlaku kepada manusia
Kalaulah boleh memilih satu di antara dua selesa badan dan tenang dan bahagia jiwa
Pilihlah kebahagiaan dan ketenangan jiwa
Kerana kebahagiaan dan ketenangan jiwa ada hubungan rapat dengan Tuhan Yang Maha Esa
Keselesaan badan ada hubungan dengan harta dan kebendaan
Kesenangan hanya sementara
Sementara hidup di dunia yang fana ini
Oleh itu carilah kesenangan yang kekal abadi
Iaitu kesenangan di Akhirat sana
Negara yang tidak diukur dengan masa lagi
Iaitu selama-lamanya sepanjang masa
oleh : Abuya Ashaari Muhammad at Tamimi